Saturday, 7 April 2012

Cinta Di Euforia Park



Bab 1


Taman Euforia, 5.00 petang




"There she goes, There she goes again, Racing through my brain" 


Nada dering 'there she goes' oleh Sixpence None The Richer berkumandang lagi dari iPhone 4 milik Amirah. Masuk ini, sudah 29 kali incoming call di rejectnya. Setiap kali telefon bimbitnya bergetar, setiap kali itulah ibu jarinya secara automatik menekan butang reject. Alasannya mudah- dia taknak sesiapa menganggunya hari ini. Kopi Cappucino yang dibeli di Starbuck tidak terusik langsung. Kemas berada di gengaman tangan kirinya. Mukanya murung. Dari awal tadi, dia duduk di sisi kiri kerusi panjang kayu dan asyik memerhatikan water fountain di hadapannya.


"Amirah!" Kedengaran suara lelaki memanggilnya dari belakang. Amirah yang dari tadi asyik termenung, tidak mempedulikan suara itu.


"Amirah!" Suara tadi memanggilnya lagi. Kali ini lebih dekat. Amirah seperti biasa tidak memberi reaksi kepada suara tersebut. Malah postur badanya tidak menguit langsung. 


"Woi Amirah!" Suara tadi kembali lagi tapi kali dengan nada yang lebih tinggi. Seperti menjerit. Betul-betul di sebelahnya.


Amirah kaget. Dengan pantas kepalanya memaling ke suara tersebut. Berdiri susuk tubuh 5 kaki 5 inchi dihadapannya. Kemas berpakaian kemeja panjang lipat sampai ke siku lengan.


"Emm..kau rupanya Amin, aku ingatkan siapa la tadi. Next time bagi la salam dulu, ni main jerit-jerit pulak. Naik terkejut aku tadi. Nasib baik aku bukan jenis yang melatah, kalau tak dah lama aku simbah cappucino ni kat kau" keluh amirah 


Amin hanya tersenyum . Dia menuju ke sebelah kanan Amirah, lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang kayu yang menjadi tempat untuk menikmati permandangan indah water fountain di Taman Euforia.


"Aku dah panggil kau banyak kali dah. Kau tu yang asyik termenung dari tadi. Aku rasa kalau Tsunami landa taman ni pun kau takkan sedar" ujar amin dengan selamba.


Amirah senyum nipis. Bukan dia taknak menyahut panggilan rakan baiknya tetapi masalah yang dihadapinya seolah-olah membawanya ke dunia lain. Dunia yang hanya ada dia, masalahnya dan water fountain sahaja. Tiada manusia lain. Tiada hidupan lain.


"Macam mana kau tahu aku kat sini min?" Soal Amirah


"Sejak dari Diploma ke Degree and then sampai la kita dah kerja, mana lagi tempat ko lepak kalau bukan taman ni. Lagipun aku call Mas tadi tanya kau kat mana. Mas cakap kau kat sini. Aku call fon kau, haram kau nak angkat kan" Ujar Amin. Dia sedikit berang dengan tindakan Amirah yang tidak mengangkat panggilannya.


"Kenapa kau tak angkat fon? Tak pernah-pernah kau macam ni" tanya amin ingin tahu


Amirah hanya diam. Dia tahu pertanyaan amin tu berat untuk dia jawab. Dia mesti membawa Amin keluar dari topik


 "Kau nak Cappucino? Aku tak 'sentuh' lagi" Amirah menghulurkan cawan cappucinonya ke Amin. Dia cuba umpan 'cappucino' untuk membawa amin keluar dari topik.


Bersambung.....













No comments:

Post a Comment