Bila tengok orang main futsal petang-petang, terlintas di fikiran gua team futsal power kita dulu. Team yang hampir-hampir perfect. Dah hampir cecah 3 tahun kita tak training bersama. Dulu, 2 atau 3 kali dalam seminggu kita akan turun mengasah skill yang sedia ada. Sekarang, masing-masing sudah ada komitmen dan keluarga sendiri yang patut diutamatakan. Faktor tempat tinggal juga menjadi penghalang bagi kita. Persefahaman yang dulu kita bentuk mungkin sedikit goyah . Tapi gua percaya ia mampu dibina semula kerana setiap player dalam team ni tahap team-work masing-masing adalah tinggi.
Gua masih ingat, kita start menceburi futsal ni masa semester 1. Masa tu hampir semuanya semput. Baru 5 minit dah termegah-megah. Team-play entah apa-apa, ini kan lagi team-work? Passing jangan cakap la. Persefahaman ke laut. Pantang dapat bola semua nak rembat masuk gol. Tapi gua faham. Biasalah first time, semua nak tunjuk skill dan kemampuan masing-masing. Semester 2 mungkin titik perubahan bagi kita. Persefahaman sedikit demi sedikit dibina. Skill setiap player dah makin menyerlah. Setiap player tahu apa yang perlu dilakukan bila dapat bola. Passing sebijik macam Arsenal. Cuma yang kurang adalah finishing. dan positioning Walaupun di waktu itu masih semester 2, kita dah berani challenge budak semester 4 untuk berlawan. Nak dikirakan mungkin kita kalah teruk, namun bukan itu gua pentingkan, namun semangat dan pengalaman yang kita kutip dari kekalahan tersebut.
Berbeza pula di Semester 5, anjakan paradigma yang besar pada team ini. Mungkin ini berlaku dari hasil training dan pengalaman dari competition yang kita masuk. Kebocoraan pada postioning dan finishing sudah kita tampal. Setiap player juga semacam sudah tahu fungsi-fungsi mereka dalam pasukan. John dan Agos selaku penjaga gawang. Gua, ref , fifi dan wak batu bata di bahagian pertahanan. Epit, Acap dan Ohm seperti gandingan iniesta-xavi-busquet. Arm, Zam, Junaidi ibarat trio pemusnah Gotze-Reus-Lewandowski. Tidak lupa juga super-sub ikhwan yang kadang-kadang tidak boleh dijangka permainannya. Dengan kehadiran Zharif Chuyob yang selalu training dengan team ini juga banyak membantu dalam meningkat morale dan mentaliti player.
Semester 6. Semester terakhir kita training bersama. Mungkin ini juga kali terakhir kita training bersama. Macam Arsenal, itu yang gua boleh kelaskan pada team kita masa itu. Hasil training dari semester 1 hingga 6 tampak tidak sia-sia. Berkat semangat tidak putus asa player-player telah mencorak team ini dengan warna-warna indah semangat juang. Bagi gua, ia anugerah untuk membesar dan bermain dalam team ini. Anugerah yang takkan mampu dibeli dengan kekayaan dunia. Kepada semua player futsal DKEB, ia satu anugerah dapat bermain dengan korang.
DKEB FC, team yang hampir-hampir sempurna.

No comments:
Post a Comment