Thursday, 25 July 2013

Penangan Peragut


"A hero is someone who understand that
responsibility that comes with his freedom"
-Bob Dylan

             Suatu petang yang indah di Padang Polo seperti biasa ramai orang beriadah di sana. Kami budak DKE(B) telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan musuh tradisi kami iaitu budak DKE(A).

            Setelah penat bermain, kami pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewa masing-masing. Ketika dalam perjalanan pulang aku (safiuddin) aka epit dan sahabat baikku, Kuzaimi aka busong aka agos telah dikejutkan dengan tiba-tiba dua orang perempuan yg menaiki motor menjerit-jerit meminta tolong. Aku dan Kuzet pun tergamam ketika itu. Kami pun menanya “kenape terjerit-jerit ni kak?”. Dia pun menjawab“ tolong saya bang, beg saya kena ragut!”. “Mana peragutnya?” aku menanya kembali kali dengan nada terkejeut. “Itu!” perempuan tersebut menunjukkan pada EX5 hitam yang hanya 50 meter dari kami. Tanpa berfikir panjang Kuzet dengan beraninya telah memecut laju sambil menjerit “berhenti woi!”. Untuk melajukan lagi motor yang dipandu, Kuzet menundukkan postur badannya. Sambil itu aku pun kena ikut tunduk sekali. Masa tengah laju tu aku ingatkan dah dekat dengan peragut tu, tapi nampaknya peragut tu lagi laju memecut dgn EX5 turbonya.

            Secara hipotesis-nya, semakin laju Kuzet memecut, semakin hilang peragut tu dari pandangan kami. Semasa Kuzet sedang mengejar, di hadapan kami terdapat satu selekoh. Jiwa aku yang sebelum ini sentiasa tenang, tiba-tiba berdebar. Persoalan ‘boleh ke Kuzet ambik corner time laju camni?’ berlegar-legar dalam kepala. Mengikut pandangan aku, dengan kelajuan motor yang dipandu sekarang dan bentuk selekoh di hadapan kami ini – hanya corner baring jadi penyelesaian. Sempat juga aku buat analisis. 98% kami akan terbabas dan 2% mungkin success. 2% itupun jika Kuzet pernah corner baring sebelum ni. Peratusan success mungkin kecil, tapi aku faham jiwa manusia ini kompleks. Boleh berubah mengikut mood, masa dan tempat. Tambah-tambah tengah kejar peragut macam ni. Mungkin jiwa Kuzet yang ikhlas membantu dua orang perempuan tadi menafikan 98% chance terbabas itu. Impossible Is Nothing. Itu yang iklan Adidas selalu cakap pada kita.Walaupun aku sedikit takut, tapi dalam situasi macam ni kepercayaan 100% mesti aku hidangkan pada dia. Momen ini mungkin momen dia untuk membuktikan ‘hero can be anyone’. Aku pejamkan mata dan relakan jiwa. Aku boleh rasa kedudukan motor sudah senget sedikit. Itu tandanya Kuzet sudah memasuki fasa corner baring. Bibir aku sempat mengucap ‘do you believe in miracle?’. Tiba-tiba hati aku tersentak. Naluri seraya berkata “2% kadar success itu mungkin boleh menjadi 98%, kalau 100% anda komited pada training. Dan daripada training yang anda komited tadi, akan produce pengalaman yang mampu atasi sesuatu situasi . Kuzet ni ada 2% succes rate, tapi training corner baring 0.01% pun tak pernah. macam mana ni?  Dia training goalkeeper futsal ada la! Tapi takkan dia nak implikasi penangkapan bola futsal dalam situasi genting macam ni? Jadahnya macam ni? Tangkap bola futsal, corner baring? Tangkap bola futsal, corner baring? Tangkap bola futsal, corner baring?” Aku cuba cari persamaan antara 2 benda ni. Tampak memang takda persamaan langsung.

Nampaknya memang betul firasat berdebar-debar aku tadi. Kuzet telah hilang kawalan semasa amik corner di selekoh tersebut dan motor kami menuju ke arah tepi jalan. Motor kami telah terseret sejauh 20m di atas rumput dan menuju ke pokok. Aku dengan tidak terdaya terbaring di atas rumput sambil helmet aku entah kemana. Dalam pada itu, Kuzet terus bangun dan menuju ke arah ku bertanya “Epit ang ok x?”. Aku selamba jawab “I’m Ok”. Nasib menyebelahi kami sebab tiada kecederaan yg serius. Kaki aku cuma calar sikit je. Kuzet pun mengangkat motor dan aku pergi mencapai helmet aku yang dah tercabut tadi. Masa nak balik tiba-tiba geng budak DKEA (A) lalu kat situ. Diorang  tanya “Kenapa ni?” Aku pun menjawab ” takde ape-ape, ok la gerak la dulu ye!”

            Selepas itu aku dan Kuzet pun gerak pulang ke rumah. Sesampai di rumah aku dan Kuzet gelak tanpa henti bila memikirkan balik perkara tadi. Itulah kenangan di POLITEKNIK yang aku dan Kuzet tak dapat lupakan. Bila masa aku jumpa dengan Kuzet, topik perbualan peragut ini menjadi agenda utama kami. Tak tahan gelak aku di buatnya.

            Kesimpulannya peragut tersebut bejaya melarikan diri dari kami tapi dia perlu tahu yang dia tidak boleh lari dri ALLAH SWT. Apa yang peragut tu telah buat pastinya akan dhitung bila tiba masa. Aku harap peragut tersebut sedar atas apa yang telah dia lakukan dan kembali ke jalan yang benar.

Story by Epit




No comments:

Post a Comment