![]() |
| "A hero is someone who understand that responsibility that comes with his freedom" -Bob Dylan |
Suatu petang yang indah di Padang Polo seperti biasa ramai orang beriadah di sana. Kami budak DKE(B) telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan musuh tradisi kami iaitu budak DKE(A).
Setelah
penat bermain, kami pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewa masing-masing. Ketika
dalam perjalanan pulang aku (safiuddin) aka epit dan sahabat baikku, Kuzaimi
aka busong aka agos telah dikejutkan dengan tiba-tiba dua orang perempuan yg menaiki
motor menjerit-jerit meminta tolong. Aku dan Kuzet pun tergamam ketika itu. Kami
pun menanya “kenape terjerit-jerit ni kak?”. Dia pun menjawab“ tolong saya bang,
beg saya kena ragut!”. “Mana peragutnya?” aku menanya kembali kali dengan nada
terkejeut. “Itu!” perempuan tersebut menunjukkan pada EX5 hitam yang hanya 50
meter dari kami. Tanpa berfikir panjang Kuzet dengan beraninya telah memecut laju
sambil menjerit “berhenti woi!”. Untuk melajukan lagi motor yang dipandu, Kuzet
menundukkan postur badannya. Sambil itu aku pun kena ikut tunduk sekali. Masa tengah
laju tu aku ingatkan dah dekat dengan peragut tu, tapi nampaknya peragut tu lagi
laju memecut dgn EX5 turbonya.
Secara
hipotesis-nya, semakin laju Kuzet memecut, semakin hilang peragut tu dari pandangan
kami. Semasa Kuzet sedang mengejar, di hadapan kami terdapat satu selekoh. Jiwa aku yang sebelum ini sentiasa tenang, tiba-tiba berdebar. Persoalan ‘boleh ke Kuzet ambik corner time laju
camni?’ berlegar-legar dalam kepala. Mengikut pandangan aku, dengan kelajuan
motor yang dipandu sekarang dan bentuk selekoh di hadapan kami ini – hanya
corner baring jadi penyelesaian. Sempat juga aku buat analisis. 98% kami akan
terbabas dan 2% mungkin success. 2% itupun jika Kuzet pernah corner baring
sebelum ni. Peratusan success mungkin kecil, tapi aku faham jiwa manusia ini
kompleks. Boleh berubah mengikut mood, masa dan tempat. Tambah-tambah tengah
kejar peragut macam ni. Mungkin jiwa Kuzet yang ikhlas membantu dua orang perempuan
tadi menafikan 98% chance terbabas itu. Impossible Is Nothing. Itu yang iklan
Adidas selalu cakap pada kita.Walaupun aku sedikit takut, tapi dalam situasi macam ni kepercayaan 100% mesti aku hidangkan pada dia. Momen ini mungkin momen dia untuk membuktikan ‘hero can be anyone’.
Aku pejamkan mata dan relakan jiwa. Aku boleh rasa kedudukan motor sudah senget
sedikit. Itu tandanya Kuzet sudah memasuki fasa corner baring. Bibir aku sempat
mengucap ‘do you believe in miracle?’. Tiba-tiba hati aku tersentak. Naluri
seraya berkata “2% kadar success itu mungkin boleh menjadi 98%, kalau 100%
anda komited pada training. Dan daripada training yang anda komited tadi, akan
produce pengalaman yang mampu atasi sesuatu situasi . Kuzet ni ada 2% succes
rate, tapi training corner baring 0.01% pun tak pernah. macam mana ni? Dia training goalkeeper futsal ada la! Tapi
takkan dia nak implikasi penangkapan bola futsal dalam situasi genting macam
ni? Jadahnya macam ni? Tangkap bola futsal, corner baring? Tangkap bola futsal,
corner baring? Tangkap bola futsal, corner baring?” Aku cuba cari persamaan
antara 2 benda ni. Tampak memang takda persamaan langsung.
Nampaknya memang betul firasat berdebar-debar aku tadi.
Kuzet telah hilang kawalan semasa amik corner di selekoh tersebut dan motor
kami menuju ke arah tepi jalan. Motor kami telah terseret sejauh 20m di atas rumput
dan menuju ke pokok. Aku dengan tidak terdaya terbaring di atas rumput sambil
helmet aku entah kemana. Dalam pada itu, Kuzet terus bangun dan menuju ke arah
ku bertanya “Epit ang ok x?”. Aku selamba jawab “I’m Ok”. Nasib menyebelahi kami
sebab tiada kecederaan yg serius. Kaki aku cuma calar sikit je. Kuzet pun mengangkat
motor dan aku pergi mencapai helmet aku yang dah tercabut tadi. Masa nak balik tiba-tiba geng budak DKEA (A) lalu kat situ. Diorang tanya “Kenapa ni?” Aku pun menjawab ” takde
ape-ape, ok la gerak la dulu ye!”
Selepas
itu aku dan Kuzet pun gerak pulang ke rumah. Sesampai di rumah aku dan Kuzet
gelak tanpa henti bila memikirkan balik perkara tadi. Itulah kenangan di POLITEKNIK yang aku
dan Kuzet tak dapat lupakan. Bila masa aku jumpa dengan Kuzet, topik perbualan peragut ini menjadi agenda utama kami. Tak tahan
gelak aku di buatnya.
Kesimpulannya
peragut tersebut bejaya melarikan diri dari kami tapi dia perlu tahu yang dia
tidak boleh lari dri ALLAH SWT. Apa yang peragut tu telah buat pastinya akan dhitung
bila tiba masa. Aku harap peragut tersebut sedar atas apa yang telah dia
lakukan dan kembali ke jalan yang benar.
Story by Epit
Story by Epit








